Sunday, September 28, 2008

kejutan!!

aku terkejut apabila membaca akhbar hari ini..
mingguan malaysia m/s 10-ruangan soal jawab..
seorg gadis yg telah keliru dgn hukum aurat..
dia sendiri tidak tahu bagaimana hukum aurat wanita yg sebenarnya..
lantas bertanya kpd ustaz yg berkenaan..syabas diucapkan kerana berjaya sedar..

hal ini jelas menunjukkan kpd kita realiti masyarakat pd hari ini...
rupa-rupanya terdpt mungkin sebahagian besar masyarakat kita yg masih atau sudah x tahu hukum2 aurat..
mengapa ini blh berlaku?
saya tertanya-tanya..
bg mereka yg jahil tidak mengapa..
tp mereka yg sudah ber'ilmu' ini..
memang ada yg bertudung..namun tidak sempurna..
astaghfirullahalazim..

Thursday, September 25, 2008

ramadhan kan pergi..raya menjelang kembali..

rse mcm cepat je mse ni berlalu kan??
bg aku, ramadhan kali ni agak cepat pergi..
pejam celik pejam celik harini dh hari ke-25..
sok lusa org sume dh stat balik kg..
termasuklah aku..

sblm tu, marilah kita renung balik..
apa yg telah kita lakukan sepanjang ramadhan kali ini..
jika amalan yg baik,maka teruskanlah..
jika sebaliknya,maka hentikanlah..
sudahkah kita menggunakan peluang ramadhan kali ini dgn sebaiknya??
jika rasa belum,jgn risau..
anda masih belum terlambat..
masih ada 5 hari lg..
gunakanlah dgn sebaik2nya..
seperkara lagi..
jgnlah amalan sembahyang berjemaah terutamanya sewaktu tarawih yg kita lakukan dgn sepenuh hati dihentikan begitu saja menjelang bulan syawal nnti dan seterusnya..
cubalah untuk meneruskan amalan sembahyang berjemaah ini..

akhir kata..
sebelum saya mengundur diri..
seperti biasalah..

"dari hati ke hati..
dengan rasa rendah diri.."
"ku pohon ampun..
ku meminta maaf..
kepada sesiapapun..
yg telahku lakukan khilaf.."
"aku hanyalah insan biasa..
bisa terlaku binasa..
juga dosa..
sesama manusia.."

salam aidilfitri kepada sesiapa jua yg mengenali diri ini..
semoga kita berjaya kembali kepada fitrah pd idul fitri nnti...
isyaallah.

.

Thursday, September 18, 2008

dunia dan akhirat..

pd suatu petang..
aku bersama2 rkn2 ku..
meluangkan mse ptg..
menunggu waktu..
tuk berbuka...
mendengar seorg penceramah..
meluahkan kata2..
yg membuatkan aku termanggu sejenak..
katanya "dunia dan akhirat kena seimbang merupakn ajaran sesat!!"..
aku tersentak..
kala mendengar kte2 tersebut..
setelah sekian lama kte2 tersebut tertanam dlm minda dan diri ini..
tba2 kepercayaan itu diganggu gugat..
namun..setelah mendengar penjelasan beliau..
barulah aku mula faham...
akan maksud sebenar kata2nya itu..
katanya, kita sbg umat islam mmg seharusnya mengutamakan akhirat..
dgn cara memikirkan tujuan kita melakukan apa2 perkara di dunia ini..
"adakah apa yg aku lakukan ini membawaku ke syurga? ataupun neraka?"
begitulah yg dimaksudkan oleh beliau..
katanya lagi..
x semestinya bila kita mengutamakan akhirat dunia perlu dilupakan..
apabila sebut saja akhirat,apa yg tergambar di fikiran kita adalah membaca al-quran,sembahyang dan sebagainya saja..
sedangkan ruang lingkup ibadah adalah begitu luas skali..
hidup kita setiap hari penuh dgn ibadah jika kena gaya dan caranya..
seorg pelajar sbg contoh..
menuntut ilmu juga merupakn suatu ibadah..
kerana ia merupakan tuntutan agama..
rasanya setakat ini sahajalah madah2 yg ingin saya smpikan pd kali ini..
moga2 kita semua dptlah melakukan sedikit anjakan paradigma..
dlm cara pemikiran kita..
semoga kita sentiasa diredhai-Nya..
amin...

Wednesday, September 3, 2008

hakikat merdeka yg hakiki...

seorang ustaz meberikan ceramahnya..
tajuknya berkaitan ramadhan,puasa dan merdeka..
katanya..apa itu merdeka yg sebenar?
adakah hanya dengan membebaskan diri drpd cengkaman penjajah?
atau pembebasan diri daripada budaya2 serta perkara2 x berfaedah?
adakah merdeka hanya sekadar itu sahaja?
ya..semua itu betul dan benar belaka..
namun..
kita lupa..
sebagai seorang mukmin dan muslim..
kemerdekaan yg sebenar dan hakiki adalah kemerdekaan di akhirat kelak..
kemerdekaan daripada azab api neraka..
itulah kemerdekaan yg patut kita cari..
yg patut kita kejari..
pembebasan daripada azab neraka..
itulah kemerdekaan hakiki..
astaghfirullahalazim..

Monday, September 1, 2008

puasa..

"puasa datang lagi.."
"ramadhan menjelang lg.."
"..muncul kembali..bla3.."
pelbagai frasa yg digunakan...
tahun ini, aku berazam..
untuk melakukan yg terbaik..
kerana aku baru sedar..
baru terjaga..
baru tahu..
betapa besarnya..
betapa hebatnya..
betapa agungnya..
bulan ramadhan ini..
beruntunglah bg orang yg mensucikan hati mereka..
dan rugilah bg orang yg mengotorkan hati mereka..

Sunday, August 31, 2008

merdeka??

tahun ini aku berasa hairan..
berasa pelik..
mengapa?
kerana aku terasa kosong pada sambutan merdeka kali ini..
aku tidaklah terlalu meraikan sgt hari kemerdekaan ini..
tapi tahun ini aku dapati terdapat sedikit kelainan..
tiada sahutan..tiada tempikan..tiada iklan..
sambutan merdeka tahun ini tidak seperti tahun2 yg lalu..
konsert2 pun seperti tiada..
walaupun ada (agaknya) tapi tidak diheboh dan diuar-uarkan..
mungkinkah masyarakat sudah sedar??
akan kejahilan mereka selama ini??
betapa sia-sianya masa hidup mereka sebelum ini??
setiap tahun..setiap kali..
merdeka disambut dengan iringan nafsu dan sogokan syaitan..
mungkin ini yg mereka baru perasan..

tapi..
bagi aku..
itu mungkin bukan sbb sebenarnya..
mereka hanya berdiam kerana adanya perkara lain..
sama ada mereka hanya sekadar menghormati..
ataupun takut dimarahi..
maklumlah..org islam (melayu) inikan 'sensitif'...
suatu kebetulan..atau suatu ketentuan?
adakah ini suatu petanda daripadaNya?
merdeka dan ramadhan...
yang mana pilihan??
tepuk dada,tanya iman..
'fikir-fikirlah'

Saturday, August 30, 2008

mengapa??

sudah beberapa hari aku mencuba..
membawa diri pulang ke rumah juga tidak berjaya..
kenapa?? mengapa??
ya allah ya tuhanku..
mengapa setiap kali aku cuba untuk melupakan dia..
dia semakin kerap muncul dlm fikiranku..
inikah rindu??
kalau ya..allah bantulah aku..
tujukanlah rasa rinduku ini ke arah Mu..
bukan ke arah dia..
hatiku terasa sepi dan pilu..
fikiranku pula bercelaru..
tatkala bayangan dia melintasi fikiranku..
jika betul aku sukakan dia..
maka jadikanlah sukaku ini atas dasarMu ya allah..
bukan semata-mata atas dasar nafsu..

tidak aku nafikan..
bahawa aku terkilan..
dan kecewa..
namun begitu..
akhir2 ini..
aku kerapkali teringatkan dia..
walaupun kasih sudah terpadam..
namun aku masih menyimpan suatu hasrat..suatu harapan..
benih kasih masih tersimpan di lubuk hati..
menunggu suatu masa nanti..
untuk bercambah kembali..
menjadi titi..
antara kami..
insyaallah..

(itu kalau jadi..
kalau x, macam mana pulak??)

"manusia hanya merancang,allah jua yg menentukan"
"ilmu allah itu luas.kita tidak akan mampu mencapainya"
"allah buat kerja dengan cara yg tidak kita sedari"

Tuesday, August 26, 2008

mulanya bicara..

assalamualaikum pembuka wadah..
mula2, ingin saya perkatakan bahawasanya..
blog ini adalah ruang luahan rasa, curahan idea, tumpahan pemikiran..
drpd saya..
seorg insan biasa..
di atas dunia yg fana ini..
mem'provoke' manusia bukanlah niatnya..
hanya rasa rindu utk mendekatkan diri dengan-Nya..
dan saling ingat-mengingati..
sekiranya terasa juga..
alhamdulillah..syukur pada-Nya..
kerana diberi hidayah akhirnya..
akhir kata..
yg buruk itu datangnya drpd saya-insan yg lemah..
yg baik itu semestinya drpd ALLAH jua..
"fikir-fikirlah" penutup bicara..