Sunday, August 31, 2008

merdeka??

tahun ini aku berasa hairan..
berasa pelik..
mengapa?
kerana aku terasa kosong pada sambutan merdeka kali ini..
aku tidaklah terlalu meraikan sgt hari kemerdekaan ini..
tapi tahun ini aku dapati terdapat sedikit kelainan..
tiada sahutan..tiada tempikan..tiada iklan..
sambutan merdeka tahun ini tidak seperti tahun2 yg lalu..
konsert2 pun seperti tiada..
walaupun ada (agaknya) tapi tidak diheboh dan diuar-uarkan..
mungkinkah masyarakat sudah sedar??
akan kejahilan mereka selama ini??
betapa sia-sianya masa hidup mereka sebelum ini??
setiap tahun..setiap kali..
merdeka disambut dengan iringan nafsu dan sogokan syaitan..
mungkin ini yg mereka baru perasan..

tapi..
bagi aku..
itu mungkin bukan sbb sebenarnya..
mereka hanya berdiam kerana adanya perkara lain..
sama ada mereka hanya sekadar menghormati..
ataupun takut dimarahi..
maklumlah..org islam (melayu) inikan 'sensitif'...
suatu kebetulan..atau suatu ketentuan?
adakah ini suatu petanda daripadaNya?
merdeka dan ramadhan...
yang mana pilihan??
tepuk dada,tanya iman..
'fikir-fikirlah'

Saturday, August 30, 2008

mengapa??

sudah beberapa hari aku mencuba..
membawa diri pulang ke rumah juga tidak berjaya..
kenapa?? mengapa??
ya allah ya tuhanku..
mengapa setiap kali aku cuba untuk melupakan dia..
dia semakin kerap muncul dlm fikiranku..
inikah rindu??
kalau ya..allah bantulah aku..
tujukanlah rasa rinduku ini ke arah Mu..
bukan ke arah dia..
hatiku terasa sepi dan pilu..
fikiranku pula bercelaru..
tatkala bayangan dia melintasi fikiranku..
jika betul aku sukakan dia..
maka jadikanlah sukaku ini atas dasarMu ya allah..
bukan semata-mata atas dasar nafsu..

tidak aku nafikan..
bahawa aku terkilan..
dan kecewa..
namun begitu..
akhir2 ini..
aku kerapkali teringatkan dia..
walaupun kasih sudah terpadam..
namun aku masih menyimpan suatu hasrat..suatu harapan..
benih kasih masih tersimpan di lubuk hati..
menunggu suatu masa nanti..
untuk bercambah kembali..
menjadi titi..
antara kami..
insyaallah..

(itu kalau jadi..
kalau x, macam mana pulak??)

"manusia hanya merancang,allah jua yg menentukan"
"ilmu allah itu luas.kita tidak akan mampu mencapainya"
"allah buat kerja dengan cara yg tidak kita sedari"

Tuesday, August 26, 2008

mulanya bicara..

assalamualaikum pembuka wadah..
mula2, ingin saya perkatakan bahawasanya..
blog ini adalah ruang luahan rasa, curahan idea, tumpahan pemikiran..
drpd saya..
seorg insan biasa..
di atas dunia yg fana ini..
mem'provoke' manusia bukanlah niatnya..
hanya rasa rindu utk mendekatkan diri dengan-Nya..
dan saling ingat-mengingati..
sekiranya terasa juga..
alhamdulillah..syukur pada-Nya..
kerana diberi hidayah akhirnya..
akhir kata..
yg buruk itu datangnya drpd saya-insan yg lemah..
yg baik itu semestinya drpd ALLAH jua..
"fikir-fikirlah" penutup bicara..